Sunday, June 24, 2007

PANDUAN UNTUK KITA

Tidur Tidak Cukup Jejas Mutu Hidup

SUKAR untuk bangun pada waktu pagi? Rasa mengantuk pada waktu petang? Adakah fikiran anda sentiasa teringatkan tilam empuk, walaupun ketika anda sedang sibuk bekerja pada waktu siang?

Ini semua adalah senario biasa di kalangan rakyat Malaysia, bukan kerana kita malas, tetapi kerana ramai antara kita kekurangan suatu aktiviti yang penting dalam hidup kita, iaitu tidur. Malangnya, pada zaman masyarakat berlumba-lumba mengejar kemakmuran dan terpaksa bekerja hingga lewat petang atau malam, kita mudah terjebak ke dalam gaya hidup yang tidak sihat.Menurut Malaysian Medical Associate1, masalah berkaitan tidur adalah antara rungutan klinikal yang paling kerap dilaporkan di Malaysia hari ini.


Satu punca utama yang menyebabkan kita sukar tidur ialah bunyi bising. Bunyi muzik dan televisyen yang kuat memang boleh mengganggu tidur kita, tetapi bunyi nyamuk berdesing di telinga paling menyakitkan hati dan mengganggu tidur kita! Walaupun anda sudah dilamun mimpi, bunyi nyamuk berdesing boleh membuat anda terjaga, dengan sentakan seperti mandi air sejuk!Tahukah anda bahawa nyamuk lebih suka menggigit bila anda tidak bergerak, lebih-lebih lagi sewaktu anda tidur. Lebih menjengkelkan, makhluk perosak ini tertarik kepada kepala dan bahagian kaki, yang lebih hangat dan ada lebih banyak kelenjar peluh.Untuk memburukkan lagi keadaan, tindakan spontan melibas atau memukul nyamuk yang berlegar di keliling kepala anda hanya membuat anda tersedar daripada lamunan mimpi indah dan menyebabkan anda kehilangan tidur yang berharga.


Hasil pelbagai penyelidikan membuktikan bahawa tidur dan kesihatan saling berkait. Pengarah perubatan serantau Sleep Health Centers di Boston, Massachusetts dan bekas presiden American Academy of Sleep Medicine, Dr Lawrence Epstein, berkata lazimnya kita memerlukan tujuh hingga lapan jam tidur semalam untuk memperoleh kehidupan bermutu, bukan semata-mata untuk menjaga kecantikan kulit dan menyerikan wajah! Jika anda adalah antara begitu ramai orang yang tidak mendapat cukup tidur, berwaspadalah kerana kekurangan tidur boleh menjadi punca beberapa masalah kesihatan. Ia boleh menyebabkan peningkatan berat badan, tekanan darah tinggi dan sistem imun kurang berkesan.


Kekurangan tidur bukan saja boleh menjejaskan kesihatan anda, bahkan boleh mengancam keselamatan anda kerana anda mungkin tertidur ketika memandu. Jadi, bagaimanakah cara kita boleh mendapat tidur dan rehat secukupnya pada waktu malam? Satu daripada cara paling mudah untuk mendapatkan tidur yang berkualiti ialah dengan menetapkan rutin waktu tidur yang sesuai. Lakukan perkara yang sama setiap malam sebelum anda masuk tidur. Sebagai contoh, anda boleh mandi air suam atau membaca selama 10 minit setiap malam sebelum tidur. Menarik langsir dan memperlahankan radio, televisyen dan perkakas lain yang bising juga boleh dijadikan rutin sebelum tidur. Lama-kelamaan, fikiran anda akan mengaitkan aktiviti ini dengan tidur dan membantu membuat anda rasa mengantuk.


Bagi memastikan anda dan insan tersayang dapat tidur tanpa gangguan, jangan lupa untuk menggunakan penghalau nyamuk yang berkesan menjauhkan serangga pengacau ini. Gunakan penghalau nyamuk yang memberikan perlindungan secara berterusan dan konsisten hingga sekurang-kurangnya lapan jam. Dengan penghalau nyamuk zaman sekarang, anda tidak perlu menyalakan api yang boleh menyebabkan kebakaran atau membahayakan keluarga anda. Malah, ada antaranya memberi lebih ketenangan fikiran, kerana ia berkesan dan tidak perlu disambung kepada bekalan elektrik. Ini menjadikannya lebih selamat. Ada banyak cara lain untuk membantu dan membolehkan kita dan keluarga kita mendapat tidur yang secukupnya. Dengan mematuhi beberapa pantang larang yang mudah, kita boleh memastikan keluarga kita mendapat rehat secukupnya untuk melakukan aktiviti harian biasa.
SUMBER:
BERITA HARIAN
JUN 2007

SIKAP CEREWET SUAMI



Sikap Cerewet Suami Masih Boleh Ditangani
Oleh Zuraini Mat Yusoff


Kepincangan rumah tangga mampu diselesai menerusi perbincangan bukan ikut perasaan marah ketika bercinta semuanya indah belaka. Tetapi apabila sudah berkahwin, barulah semua perangai yang buruk diketahui. Kisah suami yang cerewet khususnya mengenai hidangan dimasak isteri bukan perkara baru.

Seorang teman bercerita mengenai kakaknya yang sentiasa hidup dalam air mata, gara-gara sikap suami yang begitu cerewet apabila menjamah makanan. Pernah sekali, suami kakaknya itu membaling pinggan berisi nasi ke lantai semata-mata hidangan disediakan tidak memenuhi seleranya.

Kaunselor Perkahwinan dan Keluarga, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Saedah Abdul Ghani, berkata dalam hal ini, isteri harus memainkan peranan sebaiknya bagi menangani sikap suami yang cerewet itu. “Perkahwinan yang membawa maksud percantuman dua insan berlainan latar belakang memerlukan pemahaman yang cukup jelas mengenai tanggungjawab suami mahupun isteri. “Perasaan ketika bergelar pasangan kekasih tidak sama apabila sudah bergelar suami isteri, namun perasaan yang sama tidak susah untuk ditimbulkan kembali dalam alam rumah tangga jika pasangan itu mengetahui dan memahami tanggungjawab masing-masing,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Beliau berkata, sikap cerewet suami boleh diatasi jika isteri tahu kehendak dan cita rasa suami selain cuba memenuhi kehendak suami selagi tidak melanggar hukum syarak. Bagaimanapun, katanya, ada suami yang seolah-olah tidak boleh bertolak ansur dengan kekurangan isteri dan lebih suka menyelesaikan sesuatu masalah dengan memukul, menendang dan membaling apa saja objek yang ada di tangan untuk memuaskan hati akibat daripada silap isteri yang tidak seberapa.

“Cara terbaik bagi mengatasi masalah ini ialah isteri cuba mengetahui kegemaran dan kesukaan suami agar apa yang disediakan oleh isteri dapat diterima suami. Ini boleh dilakukan sebelum mereka menempuh alam perkahwinan termasuk mendapatkan pandangan mentuanya.“Setiap pasangan harus mendalami kegemaran dan tabiat suami sebelum mereka memulakan hidup baru bersama supaya dapat bertoleransi dalam apa jua keadaan,” katanya. Beliau berkata, sikap cerewet yang timbul mungkin kerana ada pasangan yang menginginkan sesuatu dalam keadaan sempurna sedangkan manusia dijadikan Allah penuh dengan kekurangan.

Justeru, katanya, apabila kesempurnaan yang dicari tidak ditemui, maka perasaan itu akan timbul dalam diri. Jadi tidak hairanlah ada segelintir suami yang memilih dan tidak boleh menerima kekurangan yang terjadi dalam rumah tangga mereka. “Faktor yang mendorong timbulnya sikap cerewet ini mungkin disebabkan oleh keturunan dan persekitaran serta pergaulan. Mungkin ada di kalangan ahli keluarga si suami yang bersikap cerewet, jadi sikap ini menular kepada ahli keluarganya yang lain. “Mungkin juga kerana didikan ibu bapanya yang terlalu menginginkan kesempurnaan bagi keluarganya. Ekoran itu, sifat yang terlalu menginginkan kesempurnaan ini akan terus dibawa oleh anak mereka sehingga mereka mendirikan rumah tangga. Malah, pergaulan juga membawa kepada sikap cerewet ini,” katanya.


Kekurangan yang timbul dalam rumah tangga inilah yang mendatangkan kepada perbalahan serius serta boleh merebak menjadi berpanjangan dan memakan masa yang agak lama untuk diselesaikan. Justeru, bagi mewujudkan keluarga yang bahagia sikap memahami antara satu sama lain amat penting. Bagi mengelakkan masalah seumpama itu, perbincangan harus ada antara mereka. Beliau berkata, setiap masalah boleh diselesaikan jika pasangan itu berbincang dan tidak menyalahkan satu sama lain yang mungkin boleh mengeruhkan keadaan. “Setiap masalah ada penyelesaiannya cuma ia bergantung kepada pasangan itu sama ada ingin menyelesaikan dengan cara baik atau sebaliknya.


Namun, bagi menyelamatkan hubungan rumah tangga yang dibina, setiap pasangan harus mencari jalan penyelesaian yang tidak membawa kepada kehancuran dan keretakan rumah tangga. “Sebaliknya lebih kepada perbincangan dan tolak ansur antara satu sama lain. Sifat berani kerana benar harus ada dalam diri isteri khususnya agar mereka dapat membela diri sendiri,” katanya.

Wednesday, June 06, 2007

SEBAGAI PANDUAN

Cemburu keterlaluan boleh bawa padah
Oleh Nurul Haniza Samsudin

Kurang persefahaman, interaksi dua pihak buatkan masalah semakin meruncing. KATA orang, cemburu itu tandanya sayang. Namun, sedar atau tidak, perasaan cemburu itu ada kalanya boleh menjadi musuh yang membawa kepada kehancuran sesebuah rumah tangga.

Dari sudut psikologi, cemburu adalah perasaan sakit hati, marah, tidak percaya, dan kurang yakin seseorang terhadap pasangan yang dicintai. Selalunya, perasaan ini timbul lantaran sikap suami atau isteri yang gemar membayangkan pasangannya mempunyai hubungan istimewa dengan seseorang di luar pengetahuannya.

Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Prof Suradi Salim, berkata masalah cemburu di kalangan suami isteri sebenarnya berkait rapat dengan tindakan seseorang dari sudut dalaman dan luaran. Penilaian dari kedua-dua sudut itu akan menentukan sama ada seseorang yang berperasaan cemburu itu mengalami masalah psikologi atau tidak.“Jika masalah itu berpunca daripada aspek dalaman, psikologi seseorang itu mungkin terganggu dan sering kali menimbulkan perasaan bimbang, resah, gelisah dan syak wasangka terhadap pasangan.

Sebaliknya, jika pasangan mempamerkan tindakan negatif antaranya mengecam dan memberontak, mereka dikatakan menunjukkan sifat cemburu itu dari aspek luaran. “Dari situ kita boleh nilai sama ada cemburu yang ada itu mendatangkan masalah atau tidak. Faktor yang menjadi penyumbang kepada masalah ini tidak banyak kaitannya dengan keegoan suami. Sebaliknya, kurangnya keyakinan, dan kepercayaan kepada pasangan menyumbang kepada masalah ini. Ini lebih berkaitan dengan psikologi seorang itu,” katanya. Beliau berkata, kurang persefahaman dan interaksi kedua-dua belah pihak membuatkan masalah itu semakin meruncing.

Kesan positif dan negatif boleh timbul daripada sifat cemburu ini. Positif jika perasaan berkenaan dapat menghalang seseorang itu daripada berlaku curang terhadap pasangannya. Namun, kesan negatif daripada sifat itu tidak boleh dipandang enteng. Perasaan cemburu yang tidak terkawal sering kali membawa kepada perlakuan di luar batas kemanusiaan antaranya bertindak memukul, mendera dan membunuh isteri jika hilang pertimbangan.

Dalam hubungan ini, Prof Suradi berkata, apabila seseorang itu sudah berkahwin perlu menanamkan sifat kesetiaan kepada pasangannya. Keyakinan, perhatian dan kasih sayang yang dicurahkan serba sedikit mengurangkan perasaan cemburu suami. Tingkah laku sebagai isteri atau suami dan batas pergaulan dengan bukan mahram perlu dijaga dan diawasi setiap masa.“Ikatan perkahwinan perlu ada sikap saling mempercayai antara satu sama lain.

Oleh itu, sebelum seseorang berkahwin, terlebih dulu kita digalakkan mengenali pasangan yang bakal dikahwini. Ini serba sedikit membantu wanita supaya tidak mengalami pelbagai masalah selepas berkahwin kelak. “Jika bakal suami anda menunjukkan sikap cemburu keterlaluan, elok wanita itu berfikir panjang jika ingin membina hubungan yang lebih serius kerana bimbang banyak perkara buruk boleh berlaku selepas mereka berkahwin.“Suami juga tidak boleh ambil sikap lepas tangan dan hanya menyalahkan wanita semata-mata.

Mereka seharusnya bertindak menyiasat dulu perkara yang menjadi punca kepada perasaan cemburu itu. “Sewajarnya, suami tidak boleh bertindak melulu tanpa sebarang bukti kerana ini akan memberi kesan buruk dalam jangka masa panjang terhadap hubungan perkahwinan,” katanya. Beliau berkata, dari aspek psikologi psikologi seseorang yang bersikap sebegitu biasanya kurang yakin kepada diri sendiri dan sering kali berprasangka buruk serta was-was kepada pasangannya. Selain itu, seseorang yang mempunyai pengalaman masa lampau yang buruk akan sentiasa menganggap pasangannya tidak boleh dipercayai.

Faktor keistimewaan yang dimiliki isteri antaranya berpendidikan tinggi dan mempunyai daya tarikan fizikal menarik juga menjadi punca kepada masalah ini.“Dalam Islam, suami perlu ada sifat cemburu dan sentiasa was-was kepada isteri. Begitu juga isteri. Namun, ia perlu berada pada keadaan terkawal dan tidak memudaratkan diri sendiri serta hubungan suami isteri. “Kedua-dua pihak harus menjaga hubungan dengan sebaiknya untuk mengelak masalah cemburu ini,” katanya.

FAKTA
Panduan elak pasangan cemburu

- Memberi sepenuh kasih sayang dan perhatian supaya suami tidak syak wasangka.
- Mewujudkan komunikasi dua hala yang berkesan antara kedua belah pihak.
- Jika hubungan jarak jauh, sering kali berhubung menggunakan telefon, sistem pesanan
ringkas (sms), atau e-mel untuk mengeratkan kasih sayang
- Bercerita apa saja yang berlaku sama ada di tempat kerja atau dengan rakan.
- Elak melakukan perkara yang membawa kepada cemburu pasangan.
- Kenalkan rakan pejabat dan kenalan rapat anda kepada pasangan
.

ANGAU JAP......


Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurMu
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
Kerana langkah merapuh tanpa dirimu
Kerana hati telah letih

Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahawaku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Bayangmu seakan-akan
Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rindu ku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada
Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang
& sepi…..

INSAN YANG BERNAMA SAHABAT


Ohh Tuhan......
Seandainya telah kau catatkan,
Dia saudaraku tercipta untukku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan,
Kepada kami

Ya Allah ku pohon...
Apa yang telah kau takdirkan,
Ku harap dia adalah saudara terbaik buatku,
Kerana engkau tahu segala isihatiku,
Pelihara daku dari kemurkaanmu.....

Ya tuhanku yang maha pemurah ,
Beri kekuatan jua harapan,
Membina diri yang lesu tak bermaya,
Semaikan setulus kasih dijiwa,

Kupasrah kepadamu kurniakanlah aku,
sahabat yang beriman bisa menemani aku,
Supaya ku dan dia,
Peroleh keredhaanMu.............

HARGAILAH SESUATU SEBELUM ANDA KEHILANGANNYA

SAHABAT….

AKU INGIN SEPERTIMU
DALAM KETENANGAN….
MENJALANI HIDUP INI
DETIK PERTEMUAN ITU MENJADI SEJARAH
MENGUNDANG RESTU ILAHI ADAKAH BAHAGIA YANG DIIMPI MENJADI SATU REALITI

SAHABAT…

SEIKHLAS HATI TULUS KU MENYAYANGIMU….
BERTEMUMU
SATU KEINDAHAN
KAN KUJADIKAN KAU KENANGAN
YANG TERINDAH DALAM HIDUPKU

SELAMA-LAMANYA.......
SEMOGA PERSAHABATAN INI KEKAL SELAMANYA.......
AMIN.........